Sunday, January 5, 2014

VITAMIN B SHAKLEE

VITAMIN B PENTING UTK KESIHATAN YANG BAIK 

Adakah anda mendapat Vitamin B yang mencukupi? 

Tekanan hidup, pengambilan alkohol dan preskripsi ubat-ubatan berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan Vitamin B di dalam tubuh. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi penyaluran tenaga bagi proses metabolisme.

 Vitamin B Lengkap 
Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain.

B-Complex mempunyai sistem penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrient penting iaitu asid folik. Jumlah asid folik yang mencukupi di dalam diet wanita terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang.


Saturday, January 4, 2014

VITA-E COMPLEX SHAKLEE



 VITA-E COMPLEX 
""""""""""""""""""""""""""""
Vitamin E merupakan sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan fungsi imun. Satu kapsul gel lembut membekalkan : 
 400IU sumber asli vitamin E
 65 mcg selenium sebagai pelengkap aktiviti vitamin E
 39.4 mg ekstrak biji anggur (Vitis vinifera)

Sms/whatsapp untuk order :017.298.9689

Thursday, January 2, 2014

HOLIDAY DI CAMERON HIGHLANDS...

IFFAT NAUFAL...Anak mama yang suka bergaya!!!
Sempat posing gituwww....:D



Kenangan di Cameron Highlands @ 30 Disember 2013
Hepi bila papa bawak gi jenjalan...

HAPPY NEW YEAR 2014


Hai Peeps!!! 

Rasanya belum terlambat lagi saya nak ucapkan HAPPY NEW YEAR 2014 buat semua kengkawan...
sorry lambat hapdet  update..haha,tenet wat problem lak..
ye la...dh 2 bulan x bayo bil sebab x guna..balik kg cuti sekolah.....
Hmm..cepat benar rasanya masa berlalu..umur pun makin bertambah..anak2 pun semakin membesar di depan mata...Alhamdulillah..
So, ape azam korang tahun ni????
Hmmm...aku??? Forward azam tahun lepas2 yang belom tertunai..
ape lagi..azam nak slim masih x tercapai..harap2 tahun ni turun la sikit kilossss..hahahaha
azam lain??? nak tingkatkan ekonomi family..harap tahun ni selesa skit, sebab tahun 2013 banyak sangat "sakit"..sabar jer laa...banyak sangattttt commitment..
huarghhhh!!!!! azam yang lain...nak tingkatkan skill memasak untuk suami  dan anak2..anak2 pun dah kuat makan sekarang...sebelum ni klu makan kat restoran order 2 pinggan jer...tp skrg ni kena order 3 pinggan..kadang2 tu tak cukup..iffat suka sangat makan...so, nak jimat blanjer pasni mama kena la rajin masak di rumah...
Seperkara lagi..azamku tahun ni nak tingkatkan amal ibadat..InshaAllah..teringin sangat nak gi umrah ni..harap2 dengan bisnesku yang tak seberapa ni dapat la aku kumpul duit nk tunaikan hajatku..
Oklah..tu jer la yg aku nak tulih...klu ikutkan banyak sangat azam dan impian aku..hahahaha..
Harapnya segala impian aku ni tercapai...:)

Friday, December 20, 2013

DIET FITNESS


20 TIP KURUS MUDAH & BERKESAN

1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. 
 
2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan 
 
3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu 
 
4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.
 
5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam
 
6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
 
7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
 
8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan. 
 
9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
 
10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan. 
 
11. Berusahalah untuk mengambil menu  rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori 
 
12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. 
 
13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda. 
 
14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.
 
15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda 
 
 
16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti
 
17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
 
18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
 
19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.
 
20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.

Sumber : majalah Rapi

Love Shaklee!!!

             Saya ingin berubah untuk kehidupan yang lebih sihat..
jom cabar diri sendiri!!!!! 

 Love Shaklee

Thursday, December 19, 2013

PROMOSI DISEMBER 2013 : OMEGA GUARD


PROMOSI DISEMBER 2013 

OMEGA GUARD

Harga Jimat dan Berbaloi...Jom Pakat Beli.

Dapatkan sekarang dengan harga kasih sayang

SMS/Whatsapp 017.2989.689