Saturday, October 9, 2010

khasiat epal


KEISTIMEWAAN EPAL

  • Sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat.
  • Mengandungi anti oksidan yang menurunkan risiko masalah jantung dan barah.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan
Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatanphytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik - satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak- kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak dalam badan.

No comments:

Post a Comment