Friday, December 31, 2010

selamat tahun baru 2011...

welcome 2011..
tanamkan azam baru..
segala yg berlaku dlm tahun 2010
jadikan ikhtibar dan pedoman..
pengalaman yg diperoleh aplikasikan di tahun 2011
moga tahun 2011 ni menjadikan aku lebih matang...
selamat tahun baru 2011...

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2011


salam satu malaysia..
hari ni hari terakhir dlm tahun 2010...
besok dh masuk tahun baru..
maka bermulalah episod baru semula...
azam lepas yg belum settle tu
klu tak tercapai lg carry forward la utk thn 2011..
ari ni 31 disember 2010..
hr pendaftaran tkn 1 bg sesi 2011..
semlm PM umum
hari ni cuti umum sbb msia menang Suzuki Cup 2010
tapi kami para guru kena bekerja jugak
untuk masa depan anak2 bangsa..
pg2 pegi skolah tgk jalan lengang jaaa
jeles tol sapa yg x keja ari ni..
mesti depa sambung tidoq lagi...
smpi skolah mula la menggelabah..
sbbnya first time jd guru tingkatan
1 Luhur
byk bende nk settle...
sib baik kak mastura bantu aku
TQ kak mas..
klu tak jenuh la beratur panjang mak bapak...
baru la tau kesibukan guru kelas
byk sangat benda nk kena settle...
semua guru yg kena buat
nk harap sapa lagi klu bukan cikgu...
tp aku puas hati dgn kejaku..
smpi umah kul 1 tgk hubby dh pi smbhyang jumaat
anak2 hantar kat pengasuh..
letihnyaaa...sakit kepala pun ada..sbb byk dok kira duit yuran tadi..
sib bek la aku ditakdirkan x jadi akauntan..
klu jadi akauntan mau botak kepala aku..
so buka je pintu umah aku trus menguap..nk mula nk tkatup..
pelagi lps zohor ja aku terus zzzzzz....

bestnya dpt tido..zzzz
smpi hubby blk sembahyang jumaat pon x sedaq..

Wednesday, December 29, 2010

apam warna warni...

kali ni entry aku pasal resepi lak...sempena Suzuki Cup 2010 mlm tadi..sempat la aku google2 cari apa2 resepi yg senang nk buat...resepi ni aku amik dr kak hana ...TQ so muchhh...jom layan..


yummy..so kalerful..

siap tapau untuk pengasuh lagi...

kat cni aku tepek resepinya..jom layan...

APAM WARNA WARNI

Bahan-bahan

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - kurangkan skit pon ok
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
sedikit esen vanilla
Filling blueberry/strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna (ikut suka nk taruk kaler apa)


Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling/strawberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. (api sederhana ajer yer)

***lepas ni nk cuba try letak soda bikarbonat lak..apa akan jadi pada apamku..adakah semakin bertambah lembut???

SYABAS MALAYSIA!!!



tak sangka Malaysia akhirnya ke final....
Malaysia BOLEH!!!!

credit : pok cik google

pertemuan dgn 2 negara yg penuh kontroversi...
Malaysia vs Indonesia

credit : pokcik google

ni ler jurulatih yg paling aku kagum..
..Raja Gopal tenang jer tgk anak2 buahnya beraksi..

tahniah utk pasukan Malaysia!!!!!
Agregat 4-2

kagum dgn semangat dan level confident penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat
walaupun mlm tadi turut disuluh dgn laser tp tetap dpt tepis bola...
safee sali..
lama2 skali menyerang,
bila menyerang mmg menyegat..cayalahh!!

credit : pok cik google

ini lah hasilnya untuk Malaysia!!!
juara Suzuki cup 2010..
SYABAS!!!!

pagi td on tv PM umum esok, Jumaat 31 Disember 2010 CUTI UMUM!!!
yabedabeduuu...
hmm..yg sedihnya aku kena pi skolah jugak
sbb esok pndaftaran pelajar Tingkatan 1 2011

sekiann...









sepetang di garden putrajaya....


tiap kali weekend je aku n hubby mesti bwk si comel bersiar2 di taman...
kesian asyik memerap kat umah jer bile hr keje...
so cuti2 ni le bwk diorg kuar kenali alam persekitaran...
biasanya selalu kat putrajaya laa...
ctu je yg best skit sambil menghirup udara segar di ctu...
hmmmm nyaman skali..
tenang jer klu tgk tasik putrajaya tu...
jom layan gambar si comel...

ni kes bila dh penat main n lompat2...hehehe...

hai omelll....

baby sronok ngat dapat main ngan abg iffat...yuhuu...

ni plak kes tak mau balik...hr dh nk maghrib..
nnti kita dtg lg okehh..

Monday, December 27, 2010

teman hidup...

masa dok godek2 laman sesawang iluvislam td...aku tjumpa puisi ni..mcm best jer,tp puisi ni khas utk bakal teman hidup...aku dh ada teman hidup..utk sesape yg bakal ada teman hidup hayati lah puisi nie..

Untuk bakal teman hidupku, bacalah...

Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.


- sumber Artikel iluvislam.com

Monday, December 13, 2010

Gelagat Anakku...Iffat Naufal

bab 1

di suatu pagi nan indah...lepas mandi.

mama: iffat,cepat le pakai baju ooooiiiii.....mama dh lambat nie..
iffat : ape oi oi....abang laa..abang...(masih lg tercegat di dpn tv)

oppssss...mama tersalah ckp ayat kat blakang tuu(ooiiii)...soweyy..skali lg mamanya pun berkata.

mama : abang..cepat le pakai baju..mama dh lambat ni..
iffat : yer...(smbil tersengih2 terus lari dtg ke arah mamanya...utk pakai baju)

Moral of da story : len kali mamanya kena cakap blapik sikit yer..anak2 skrg cerdik dowhhh...:)

Friday, December 10, 2010

hadiah ape yer??

Jam menunjukkan pkl 11.13 pm..my hubby n anak2 dh selamat titun...awal lak my hubby tido mlm ni,katanya sakit kepala...cian dia..blk mkn td lps solat isyak trus dia tido...aku ja lom ngantuk lg..ari ni xde arr letih sgt..relaks2 di rumah jaa...so mlm ni kita bersengkang mate laaa..hehe..smbil menaip2 ni,teringat 4th wedding anniversary kami pun dh makin hampir..lbh kurang 13 hr lagi..apa kejutan yg aku nk wat kali ni???? seringkali tpikir2..dh ade 2,3 idea dlm kepala..tp x confirm lg..mana tau kot2 ada lg idea tetibe muncul...ermm...candle light dinner di rumah??? ermm..it's good idea..leh aku masak sepesial utk mlm tu..;) syyyhh..kang dh tak jadik kejutan..(xpe, laki aku tgk blog aku ni) lg satu bab hadiah..payah nk pikior nih..klu brg laki ni susah skit..limited..klu pompuan byk arr...argghhh..bg hadiah kasih syg jer laa...hadiah tu kekal utk selamanya..klu aku bg jam ker...baju ker..ermm 2,3 thn dh rosak..iyer dak?? takpe arr...nnti aku pikir sensorang...sakit otak jugak nk pikir nih!!

Thursday, December 2, 2010

Jagalah Hati Pasangan Anda

PASANGAN adalah ‘sahabat’ kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.

Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya.

Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain.

Dari segi penampilan pula, ramai yang mengambil kesempatan dengan tidak menjaga diri atau paras rupa kerana mereka tahu hakikatnya mereka sudah mempunyai pasangan yang akan menerima mereka walau apa pun yang terjadi.

Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati. Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan bukan untuk orang lain.

Penulis berminat untuk berkongsi satu ungkapan daripada tokoh motivasi tersohor negara, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, ujarnya; “Jika mahu diri disayangi, beri kasih sayang kepada orang dahulu”. Maksud lain yang dapat penulis simpulkan di sini ialah, jika kita mahu dihargai pasangan, maka kita harus memberikan yang terbaik kepada mereka barulah kita akan mendapat kebaikan yang sama juga.

Sesuai dengan topik kita cantik luaran dan dalaman, antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah berhemah apabila berbicara, tampil dengan rupa yang menarik dan bersih serta menjaga hati pasangan dengan baik.

Bagi yang mahu berubah namun tidak tahu caranya, panduan di bawah mungkin boleh membantu.

Pertama: Paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi yang baik.

Seringkali kita mengabaikan komunikasi yang baik dengan pasangan. Kata ganti nama diri seperti aku dan kau digunakan dalam perbualan harian, padahal lebih molek jika panggilan seperti ‘sayang’ atau ‘abang’ digunakan kerana itu boleh memupuk kemesraan.

Seperti persahabatan, pasangan yang baik perlu komunikasi yang jujur. Perlu bersedia untuk memberi pandangan, nasihat menasihati bila keadaan memerlukan. Jika salah seorang ingin meluahkan masalah, seorang lain perlu mendengar dengan baik.

Jangan pula cuba masuk campur dalam urusan pekerjaan dan keluarga jika tidak diminta. Jika ada yang berkecil hati, pastikan disuarakan dengan baik untuk mengelakkan salah faham yang lebih buruk.

Kedua: Anda dikehendaki menjadi pendengar yang setia. Bila pasangan anda dilanda masalah sebagai contoh di tempat kerja, bersedialah untuk menjadi pendengar dan jangan sesekali mengadili pasangan anda itu walaupun sebenarnya anda tahu bahawa dia yang punca masalah itu.

Apa yang perlu ialah dengar dan beri nasihat secara umum sahaja.

Ketiga: Memastikan bahawa anda tidak bertepuk sebelah tangan. Maknanya bukan anda sahaja yang menganggap pasangan anda itu perlu dihormati, malah dia juga perlu menghormati anda.

Jika ada sahabat lain yang mengutuk pasangan anda di belakangnya, andalah orangnya yang penuh yakin untuk menjadi pembela pasangan anda itu.

Tetapi jika memang pasangan anda melakukan kesalahan, terus-teranglah bahawa anda tidak selesa dia melakukan begitu, pilih perkataan yang sesuai untuk menegur dan tegurlah dengan berhati-hati agar tidak mengecilkan hatinya.

Seringkali kita mendengar rakan kita mengomel tentang bentuk tubuhnya yang semakin berisi dari hari ke hari.

Perkara yang amat lazim terjadi kepada wanita itu seperti lumrah terutama selepas melahirkan anak.

Memang ia amat merisaukan namun apa yang penting selain kerisauan itu ialah tindakan segera yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut.

Keempat: Laburlah sedikit wang untuk penampilan anda, tak kira sama ada untuk menguruskan badan, mencantikkan kulit, berbaju baru dan sebagainya semuanya ada harga yang perlu dibayar.

Namun percayalah ia adalah satu pelaburan yang baik demi perhubungan anda. Tapi tidak kira sama ada anda lelaki atau perempuan perlulah sama-sama mengambil berat tentang penampilan anda.

Kebersihan harus dijaga dan perlu amalkan disiplin diri. Pilihlah pakaian yang kemas dan pastikan anda melakukannya ikhlas untuk pasangan anda.

Jangan bila hendak ke kenduri atau berhari raya baru hendak bergaya. Sepatutnya bergayalah di rumah kerana ada mata dan perasaan yang lebih penting untuk dijaga.

Source: Utusan Malaysia Online