Wednesday, December 29, 2010

apam warna warni...

kali ni entry aku pasal resepi lak...sempena Suzuki Cup 2010 mlm tadi..sempat la aku google2 cari apa2 resepi yg senang nk buat...resepi ni aku amik dr kak hana ...TQ so muchhh...jom layan..


yummy..so kalerful..

siap tapau untuk pengasuh lagi...

kat cni aku tepek resepinya..jom layan...

APAM WARNA WARNI

Bahan-bahan

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - kurangkan skit pon ok
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
sedikit esen vanilla
Filling blueberry/strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna (ikut suka nk taruk kaler apa)


Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling/strawberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. (api sederhana ajer yer)

***lepas ni nk cuba try letak soda bikarbonat lak..apa akan jadi pada apamku..adakah semakin bertambah lembut???

No comments:

Post a Comment