Friday, December 31, 2010

selamat tahun baru 2011...

welcome 2011..
tanamkan azam baru..
segala yg berlaku dlm tahun 2010
jadikan ikhtibar dan pedoman..
pengalaman yg diperoleh aplikasikan di tahun 2011
moga tahun 2011 ni menjadikan aku lebih matang...
selamat tahun baru 2011...

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2011


salam satu malaysia..
hari ni hari terakhir dlm tahun 2010...
besok dh masuk tahun baru..
maka bermulalah episod baru semula...
azam lepas yg belum settle tu
klu tak tercapai lg carry forward la utk thn 2011..
ari ni 31 disember 2010..
hr pendaftaran tkn 1 bg sesi 2011..
semlm PM umum
hari ni cuti umum sbb msia menang Suzuki Cup 2010
tapi kami para guru kena bekerja jugak
untuk masa depan anak2 bangsa..
pg2 pegi skolah tgk jalan lengang jaaa
jeles tol sapa yg x keja ari ni..
mesti depa sambung tidoq lagi...
smpi skolah mula la menggelabah..
sbbnya first time jd guru tingkatan
1 Luhur
byk bende nk settle...
sib baik kak mastura bantu aku
TQ kak mas..
klu tak jenuh la beratur panjang mak bapak...
baru la tau kesibukan guru kelas
byk sangat benda nk kena settle...
semua guru yg kena buat
nk harap sapa lagi klu bukan cikgu...
tp aku puas hati dgn kejaku..
smpi umah kul 1 tgk hubby dh pi smbhyang jumaat
anak2 hantar kat pengasuh..
letihnyaaa...sakit kepala pun ada..sbb byk dok kira duit yuran tadi..
sib bek la aku ditakdirkan x jadi akauntan..
klu jadi akauntan mau botak kepala aku..
so buka je pintu umah aku trus menguap..nk mula nk tkatup..
pelagi lps zohor ja aku terus zzzzzz....

bestnya dpt tido..zzzz
smpi hubby blk sembahyang jumaat pon x sedaq..

Wednesday, December 29, 2010

apam warna warni...

kali ni entry aku pasal resepi lak...sempena Suzuki Cup 2010 mlm tadi..sempat la aku google2 cari apa2 resepi yg senang nk buat...resepi ni aku amik dr kak hana ...TQ so muchhh...jom layan..


yummy..so kalerful..

siap tapau untuk pengasuh lagi...

kat cni aku tepek resepinya..jom layan...

APAM WARNA WARNI

Bahan-bahan

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - kurangkan skit pon ok
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
sedikit esen vanilla
Filling blueberry/strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna (ikut suka nk taruk kaler apa)


Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling/strawberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. (api sederhana ajer yer)

***lepas ni nk cuba try letak soda bikarbonat lak..apa akan jadi pada apamku..adakah semakin bertambah lembut???

SYABAS MALAYSIA!!!



tak sangka Malaysia akhirnya ke final....
Malaysia BOLEH!!!!

credit : pok cik google

pertemuan dgn 2 negara yg penuh kontroversi...
Malaysia vs Indonesia

credit : pokcik google

ni ler jurulatih yg paling aku kagum..
..Raja Gopal tenang jer tgk anak2 buahnya beraksi..

tahniah utk pasukan Malaysia!!!!!
Agregat 4-2

kagum dgn semangat dan level confident penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat
walaupun mlm tadi turut disuluh dgn laser tp tetap dpt tepis bola...
safee sali..
lama2 skali menyerang,
bila menyerang mmg menyegat..cayalahh!!

credit : pok cik google

ini lah hasilnya untuk Malaysia!!!
juara Suzuki cup 2010..
SYABAS!!!!

pagi td on tv PM umum esok, Jumaat 31 Disember 2010 CUTI UMUM!!!
yabedabeduuu...
hmm..yg sedihnya aku kena pi skolah jugak
sbb esok pndaftaran pelajar Tingkatan 1 2011

sekiann...









sepetang di garden putrajaya....


tiap kali weekend je aku n hubby mesti bwk si comel bersiar2 di taman...
kesian asyik memerap kat umah jer bile hr keje...
so cuti2 ni le bwk diorg kuar kenali alam persekitaran...
biasanya selalu kat putrajaya laa...
ctu je yg best skit sambil menghirup udara segar di ctu...
hmmmm nyaman skali..
tenang jer klu tgk tasik putrajaya tu...
jom layan gambar si comel...

ni kes bila dh penat main n lompat2...hehehe...

hai omelll....

baby sronok ngat dapat main ngan abg iffat...yuhuu...

ni plak kes tak mau balik...hr dh nk maghrib..
nnti kita dtg lg okehh..

Monday, December 27, 2010

teman hidup...

masa dok godek2 laman sesawang iluvislam td...aku tjumpa puisi ni..mcm best jer,tp puisi ni khas utk bakal teman hidup...aku dh ada teman hidup..utk sesape yg bakal ada teman hidup hayati lah puisi nie..

Untuk bakal teman hidupku, bacalah...

Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.


- sumber Artikel iluvislam.com

Monday, December 13, 2010

Gelagat Anakku...Iffat Naufal

bab 1

di suatu pagi nan indah...lepas mandi.

mama: iffat,cepat le pakai baju ooooiiiii.....mama dh lambat nie..
iffat : ape oi oi....abang laa..abang...(masih lg tercegat di dpn tv)

oppssss...mama tersalah ckp ayat kat blakang tuu(ooiiii)...soweyy..skali lg mamanya pun berkata.

mama : abang..cepat le pakai baju..mama dh lambat ni..
iffat : yer...(smbil tersengih2 terus lari dtg ke arah mamanya...utk pakai baju)

Moral of da story : len kali mamanya kena cakap blapik sikit yer..anak2 skrg cerdik dowhhh...:)

Friday, December 10, 2010

hadiah ape yer??

Jam menunjukkan pkl 11.13 pm..my hubby n anak2 dh selamat titun...awal lak my hubby tido mlm ni,katanya sakit kepala...cian dia..blk mkn td lps solat isyak trus dia tido...aku ja lom ngantuk lg..ari ni xde arr letih sgt..relaks2 di rumah jaa...so mlm ni kita bersengkang mate laaa..hehe..smbil menaip2 ni,teringat 4th wedding anniversary kami pun dh makin hampir..lbh kurang 13 hr lagi..apa kejutan yg aku nk wat kali ni???? seringkali tpikir2..dh ade 2,3 idea dlm kepala..tp x confirm lg..mana tau kot2 ada lg idea tetibe muncul...ermm...candle light dinner di rumah??? ermm..it's good idea..leh aku masak sepesial utk mlm tu..;) syyyhh..kang dh tak jadik kejutan..(xpe, laki aku tgk blog aku ni) lg satu bab hadiah..payah nk pikior nih..klu brg laki ni susah skit..limited..klu pompuan byk arr...argghhh..bg hadiah kasih syg jer laa...hadiah tu kekal utk selamanya..klu aku bg jam ker...baju ker..ermm 2,3 thn dh rosak..iyer dak?? takpe arr...nnti aku pikir sensorang...sakit otak jugak nk pikir nih!!

Thursday, December 2, 2010

Jagalah Hati Pasangan Anda

PASANGAN adalah ‘sahabat’ kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.

Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya.

Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain.

Dari segi penampilan pula, ramai yang mengambil kesempatan dengan tidak menjaga diri atau paras rupa kerana mereka tahu hakikatnya mereka sudah mempunyai pasangan yang akan menerima mereka walau apa pun yang terjadi.

Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati. Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan bukan untuk orang lain.

Penulis berminat untuk berkongsi satu ungkapan daripada tokoh motivasi tersohor negara, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, ujarnya; “Jika mahu diri disayangi, beri kasih sayang kepada orang dahulu”. Maksud lain yang dapat penulis simpulkan di sini ialah, jika kita mahu dihargai pasangan, maka kita harus memberikan yang terbaik kepada mereka barulah kita akan mendapat kebaikan yang sama juga.

Sesuai dengan topik kita cantik luaran dan dalaman, antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah berhemah apabila berbicara, tampil dengan rupa yang menarik dan bersih serta menjaga hati pasangan dengan baik.

Bagi yang mahu berubah namun tidak tahu caranya, panduan di bawah mungkin boleh membantu.

Pertama: Paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi yang baik.

Seringkali kita mengabaikan komunikasi yang baik dengan pasangan. Kata ganti nama diri seperti aku dan kau digunakan dalam perbualan harian, padahal lebih molek jika panggilan seperti ‘sayang’ atau ‘abang’ digunakan kerana itu boleh memupuk kemesraan.

Seperti persahabatan, pasangan yang baik perlu komunikasi yang jujur. Perlu bersedia untuk memberi pandangan, nasihat menasihati bila keadaan memerlukan. Jika salah seorang ingin meluahkan masalah, seorang lain perlu mendengar dengan baik.

Jangan pula cuba masuk campur dalam urusan pekerjaan dan keluarga jika tidak diminta. Jika ada yang berkecil hati, pastikan disuarakan dengan baik untuk mengelakkan salah faham yang lebih buruk.

Kedua: Anda dikehendaki menjadi pendengar yang setia. Bila pasangan anda dilanda masalah sebagai contoh di tempat kerja, bersedialah untuk menjadi pendengar dan jangan sesekali mengadili pasangan anda itu walaupun sebenarnya anda tahu bahawa dia yang punca masalah itu.

Apa yang perlu ialah dengar dan beri nasihat secara umum sahaja.

Ketiga: Memastikan bahawa anda tidak bertepuk sebelah tangan. Maknanya bukan anda sahaja yang menganggap pasangan anda itu perlu dihormati, malah dia juga perlu menghormati anda.

Jika ada sahabat lain yang mengutuk pasangan anda di belakangnya, andalah orangnya yang penuh yakin untuk menjadi pembela pasangan anda itu.

Tetapi jika memang pasangan anda melakukan kesalahan, terus-teranglah bahawa anda tidak selesa dia melakukan begitu, pilih perkataan yang sesuai untuk menegur dan tegurlah dengan berhati-hati agar tidak mengecilkan hatinya.

Seringkali kita mendengar rakan kita mengomel tentang bentuk tubuhnya yang semakin berisi dari hari ke hari.

Perkara yang amat lazim terjadi kepada wanita itu seperti lumrah terutama selepas melahirkan anak.

Memang ia amat merisaukan namun apa yang penting selain kerisauan itu ialah tindakan segera yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut.

Keempat: Laburlah sedikit wang untuk penampilan anda, tak kira sama ada untuk menguruskan badan, mencantikkan kulit, berbaju baru dan sebagainya semuanya ada harga yang perlu dibayar.

Namun percayalah ia adalah satu pelaburan yang baik demi perhubungan anda. Tapi tidak kira sama ada anda lelaki atau perempuan perlulah sama-sama mengambil berat tentang penampilan anda.

Kebersihan harus dijaga dan perlu amalkan disiplin diri. Pilihlah pakaian yang kemas dan pastikan anda melakukannya ikhlas untuk pasangan anda.

Jangan bila hendak ke kenduri atau berhari raya baru hendak bergaya. Sepatutnya bergayalah di rumah kerana ada mata dan perasaan yang lebih penting untuk dijaga.

Source: Utusan Malaysia Online

Friday, November 26, 2010

letihnya...

salam pagi semua...skrg ni jam dh pukul 3.09 pg..mata ku blom lg mengantuk, lepas wat chocolate td trus online jap..cik abg pon lom tido..tgh ngambik gambo2 coklat yg dihasilkan oleh tgnku sendiri..hehehe..nnt aku 'hupdate' erkk..letih pon ader...spm pun dh bermula..tahun ni aku dipertanggungjawabkan sbg pengawas exam di smk dusun nanding, actually nama aku tak naik pun..tp at last ade pulak diorg letak nama aku..dh plan nk melancong tpaksa la batal...takpe arr,thn depan jgn kene lagi sudah laa...ramai lg cikgu kat skolah tu...gilir2 la br adilll...berbalik kpd spm td, 2 hr berturut2 aku panjat bukit ampang ambik soklan exam di bilik kebal..kul 6pg dh kuar, lps solat subuh berkejar2 ke sana....flat ngan rasa 2 hr tu..hr ke3 ok laa..pagi jer,ptg aku x jage...ish2 lama tol spm kali ni...lps exam sibuk lak ngan ngan meeting sana sini...tu laaa keje..nk wat camne..semua tu rezeki la...perlu redha dan ikhlas....

Thursday, November 18, 2010

Friday, November 12, 2010

terkenang semasa dulu di IPPP 06..

terkenang di masa dulu..hatiku merasa rindu..bila kita dpt bertemu..denganmu wahai kawanku..cewahhh nyanyi la pulakk...td sempat selak2 gambar masa di IPPP 2006...KPLI KMT/LUKISAN KEJURUTERAAN...rindu ngan kengkawan pulakkk..apa kabar diorg??hopefully moga sentiasa sihat dan bahagia dgn family masing2...sronok sgt waktu study dolu2..so, layan jer la gambar x seberapa ni..:)

berposing di laman inovasi...hasil kerja tangan kami laa..:)


geng KPLI KMT/LUKISAN KEJURUTERAAN 06


Wednesday, November 10, 2010

Puding Roti Pelangi

resepi ni aku amik dr blog kak hana..thanks bebyk yer kak hana...mmg best sgt puding ni..sedappp!!! suami pun suke makan...jom layannn...


Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • pewarna pink dan hijau. (terpulang masing2, nk letak 3 kaler pon ok)

Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. Masukkan warna pilihan dan kacau sebati.
  5. Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. Ulang smula kaler merah dan buat hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dimakan ketika sejuk.

cornflakes madu

biskut ni aku wat masa raya lepas..dlm thn ni gak laa...tak sempat nk upload gambar..so let's check it out..







Tuesday, November 9, 2010

currypia

...currypia...

Bahan-bahannya:
1 paket kecil serbuk kari daging (ape2 brand x kesah,janji HALAL)
300 gm daging cincang (klu nk rase deging letak lebih skit)
sepaket kulit popia
4 biji ubi kentang dipotong dadu
2 ulas bawang merah -cincang
2 ulas bawang puting - cincang
sedikit minyak masak untuk menumis
garam secukup rase
gula secukup rase

Cara Membuatnya:
1. Firstly, bersihkan daging cincang dan toskan.
2. Bancuhkan serbuk kari dengan sedikit air.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
4. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dicincang halus tadi.
5. Masukkan serbuk kari yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika.
6. Masukkan daging cincang..kacau sehingga empuk daging tersebut.
7. Seterusnya, masukkan ubi kentang yg telah dipotong dadu. Masukkan sedikit gula dan
garam. kacau sehingga daging dan ubi kentang empuk dan masak.
8. Setelah masak, tutup api..
9. Ambil kulit popia letakkan inti daging td ke dalam dan balut mengikut citarasa anda..setelah itu, goreng currypia sehingga garing..
10. Siap untuk dihidang...


Monday, November 8, 2010

bercuti di cameron highlands..

Cameron Highlands..destinasi kami sepanjang cuti Deepavali kali ni..:) jumaat kul 6 pagi bertolak ke CH..kiotrg naik ikut Simpang Pulai sbb hubby xnak naik ikut Tapah..katanya letih nk drift..hehe..lgpun paham jer la jln ctu mcm ular kene palu daaa...so, kitorg smpi CH lebey kurang jam 10 am..mmg beshhh..sejukk jer...dtambah dgn musim ujan skrg ni lg ler btambah2 sejukk..tanpa byk citer ape kata kite layan jer gambar2 nihh..jommm...

di balconi hotel..

berposing di depan hotel yg kami menginap..Hill View d tanah rata...

posing lagi.. ;)

gaya si Iffat Naufal..berlari2 di depan hotel..

d ladang teh BOH..

aksi Iffat Naufal...

ape laa yg dibuat si kecik dua org nih..kutip daun teh yer...

haha..main sorok2..

aneeq..pegi arr sorok kat sana..abg ipat bilang 1,2,3..







Wednesday, November 3, 2010

cuti deepavali 2010

Bestnyaa..cuti deepavali thn ni panjang skit..cehhh mcm la aku nk raya..hehe..skolah jalil cuti 5 hari..best ooo..tu la dinamakan skolah 1 MALAYSIA.. ;) semua raya kita cuti jaaa...cuti lama pun bagus gak..dpt la tenangkan fikiran..buat terapi minda skit..hehe...

credit by cik google

plan nk pegi CH..dh lama x jejak kaki ke sana..lgpun anniversary pun dh dekat..kira 2 in 1 laa...arggghh tak sabar nk mkn fresh strawberry dr ladang..nyum2 sedap...isshhh aku ni bab mkn je tau..mana la badan tu GEM....(sambung la sendirik)...:)

credit by cik google

cerita di sebalik fail keje kursus KH daa..

credit by cik google

salamzz...
rasa da lama x n3 my blog..sibuk memanjang..ujung thn lg bz..ingatkn dpt la releks skit..byk keje ade laa..especially keje kursus KH..sib baik dh siap sumee keje bebudk tu..tinggal keje aku lg nk kene isi markah depa..dlm sibuk2 dok check fail students..tup2 terjumpa lak nota Chenta terselit dlm fail keje kursus bdk lelaki kelas 1 Luhur..owhhh glamer gak kau ADIB yer..ade peminat...boleh lak bdk pompuan tu pi selit nota tu dlm fail..sib bek bkn pengetua yg jumpe...haiiii budk2 zaman skrg,br form 1 dh nk bercinta, aku masa form 1 dulu x tau lg bab2 cenggini..depa la ni terlebey expert sudaaaaaa.....



Thursday, October 21, 2010

Make your home child-safe, room-to-room

If you haven’t done it already, it would be good to do so as your child grows and becomes more mobile and curious about the world around them!

Bedrooms

  1. Install child safety latches on all drawers and cupboards so your child doesn’t accidentally pull the entire dresser onto him or herself.
  2. Make sure all cords and wires are safely wound up or tucked away behind heavy furniture out of your child’s reach.
  3. Move all electrical devices such as lamps and breakable items out of reach of your little ones’ hands.
  4. Cover all unused power points with cover plugs.
  5. Tip: Leave one small cupboard that is specially for your child so they will learn to only use this.

Bathroom

  1. Install a lid latch on the toilet lid to stop your child from playing with it and accidentally falling into the toilet bowl.
  2. Disable or provide safety covers on all locks on the inside of the bathroom doors so that your child will not lock himself or herself in by accident. A creative and cheap way is to use masking tape.
  3. If you are bathing your child in a long bath, fix a spout cover on the faucet in case your child hits his or her head on it.
  4. Keep all medications and poisonous products locked up or out of reach.
  5. Better yet, keep the toilet and bathroom doors shut so your curious one can’t wonder in.
  6. Keep the water heater level at no higher then 48℃ to avoid burning your child’s sensitive skin.
  7. Cover all unused power points with cover plugs.

Living room and family room areas

  1. Tie up and tuck away all loose curtain, window drapes and blind strings so your child can’t get entangled in them.
  2. Install child safety gates on all sliding door, entrances and exits of your rooms wherever possible to prevent your child from dashing out.
  3. Sharp edges on furniture, countertops and tabletops should be installed with corner cushions.
  4. Move breakable, dangerous or small objects away from your child’s reach.
  5. Remove or keep houseplants out of reach, the vase of pot can be harmful. why?
  6. Look out for loose or broken parts in your child’s toys.
  7. Cover all unused power points with cover plugs.
  8. Tip: Create a child safe area that is especially for them!

Kitchen and dining area

  1. Keep all harmful and poisonous supplies including cleaning and dishwashing supplies, and heavy or breakable things in high and unreachable cabinets. In fact, lock them away in a safe area.
  2. Install easily available safety latches on all lower cupboards and drawers. Avoid leaving sharp kitchen utensils and cutlery on kitchen counters and tabletops where they can easily fall onto the floor or are within easy reach.
  3. Cover all unused power points with cover plugs.
  4. Better still, have a child safety gate installed at the entrance of your kitchen.

Stairways

  1. Install child safety gates at the top and bottom of your staircases. Try to make sure a professional installs it, as children tend to lean hard or try to climb over these gates.
  2. Don’t depend on gates alone to keep your child safe and the best prevention is to keep watch over your child.

We know that it is impossible to do all of this 100% of the time and hence we hope our suggestions will help you in those times that you take your eyes of your curious little critter.


note: thanks for the best info..

sumber : http://www.weaning.com.my

Wednesday, October 20, 2010

aduhai anak muridku...

hari ni dan semalam panassss jer hati ku..mana taknya dok kejar2 cari student ponteng kelas..biasa laa kelas 1 Luhur..excelli kelas ni kelas no. 8 dlm KT..aku pun dh masak ngan perangai bebudak ni..especially si Omar Baki n the geng laa...kekdg bila time P&P ngan depa,nk tergelak pun ader ngan perangai memasing..perangai masih keanak2an lg...letih gak nk melayan..tambah2 lg bile time wat keje kursus..bikin sakit jiwa aku..ader jer yg membuatkan aku kecikkkkkk jer tgk depa ni...mana tidaknya, bercakap x berenti2..aku pun x paham ngan perangai budak2 tu...selalu yg paling dh lali aku dengaq.."Cikgu, pen takde..tak bawak laa"..."cikgu, Omar Baki amik pen saya ler.."cikgu ade pen tak..nk pinjam"..aduhhh...dh malas nk layan...aku trus je cakap ..." tu haaa, kedai buku dekat je,,pegi la beli.." aku pun pelik ape bende yg diorg bwk bile dtg skolah...dgn pen takde,pemadam takde,pembaris pun takde...bukan sorg dua je yg takde alat tulis, tp separuh kelas tu...buku pun kekdg bercampur ngan subjek lain..pelik tul laa bdk2 zaman skrg ni...

kecikkkkk jer aku tengok budak2 nihh..

Bercakap pasal si Omar Baki tu..semlam ponteng kelas KH..org lain tgh kalut nk siapkan keje kursus,depa sedap2 ja pi ponteng kelas..nama 7 org tu aku trus antar je ke bilik disiplin...ape lg..ari ni kene la basuh ngan kak tun (guru disiplin)...lps kene basuh tu tersipu2 dtg beramai2 mintak maaf ngan aku..seb bek la hati aku cepat sejukkk....dan akhirnya hari ni siap jugak keje kursus budak2 tu..anyway thanks to KAK TUN..klu x kene panggil ngan kak tun td mmg x siap lg ler keje kursus depa ari ni...

Saturday, October 16, 2010

sejenak alam rumahtanggga

Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.
( i )

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?

andainya emosi, belailah emosi itu

jangan cuba dihadapkan secara rasional

kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini


fikiran telah ditawan perasaan

sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?

cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang... ... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....

kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya

perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar

"Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )

Arghh... tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit

sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya

Katanya " Seabadi permata.... segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga.

Aduh...

peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir... permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami

wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati
bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati

marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii )

Puuuh...

Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang dimata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?

jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.

itulah cinta sejati.
Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan

ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang

Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan
kecergasan
sama-samalah merampingkan badan
yang terlebih dikurangkan

jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.
Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa

lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( iv )

Uhhh....Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu

kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang

ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.

Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya? "


( v )


Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.

Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau intranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

(Bicara ini diakhiri dengan satu coretan yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri atau kad ulang tahun perkahwinan atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti )
Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri.

Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.

Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya. Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu..... seorang isteri.